Mengapa Sakit Tapak Kaki Dan Penyebab?
Kaki adalah struktur kompleks yang terdiri daripada tulang, ligamen, tendon dan otot-otot di mana semua bekerjasama untuk memastikan badan boleh bergerak dengan baik. Kaki lebih cenderung untuk menjadi sakit dan kecederaan terutamanya pada tapak kaki kerana ia bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghasilkan pergerakan, tetapi juga ia harus menyokong atau menampung berat badan anda ketika berjalan setiap hari. Sakit tapak kaki mungkin disebabkan oleh kasut, kecederaan, atau penyakit seperti kencing manis dan gout. Sakit tapak kaki juga adalah perkara biasa antara golongan atlet oleh kerana penggunaan kaki yang berlebihan. Penyebab sakit tapak kaki harus diketahui supaya rawatan untuk mengatasi sakit tapak kaki dapat dipertimbangkan.