Bilakah Nafas Bayi Berbunyi Normal?

Nafas bayi berbunyi merupakan sebuah perkara yang biasa dan selalunya tidak perlu dirisaukan. Hal ini kerana bayi yang baru lahir mengalami perubahan persekitaran dari dalam rahim dan di luar rahim. Oleh itu, mereka masih sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran. Namun bukan semua nafas bayi berbunyi merupakan perkara biasa. Sesetengah nafas bayi berbunyi merupakan tanda-tanda penyakit dan harus diambil perhatian oleh para ibu bapa. Oleh kerana saluran nafas bayi kecil dan jika ia tersumbat dengan kahak akan menyebabkan menyebabkan bunyi. Ibu bapa perlu risau jika bayi sukar bernafas. Ibu bapa sering tertanya-tanya tentang penyebab nafas bayi berbunyi, kadang kala bunyi grok grok. Sekiranya nafas bayi berbunyi tidak bertambah baik semakin hari, haruslah berjumpa dengan doktor untuk penilaian dan rawatan yang tepat.