Bagaimana cara mudah dan senang untuk saya menghilangkan ketuat kaki
Ketuat adalah benjolan yang biasanya tumbuh di kawasan seperti tumit dan tapak kaki, jari dan tangan. Punca ketuat kaki adalah jangkitan virus jenis human papilloma virus (HPV) yang biasanya ditemui di lapisan luar kulit pada tapak kaki. Ketuat kaki akan mula berkembang apabila virus sudah memasuki di dalam badan melalui luka kecil atau lapisan kulit sensitif pada bahagian bawah kaki anda. Sentuhan adalah cara utama virus HPV merebak. Oleh itu, jangkitan HPV adalah sangat biasa berlaku antara individu-individu, dan lebih daripada 100 jenis virus ini wujud. Tetapi hanya sesetengah daripada virus ini yang menyebabkan ketuat kaki. Jenis HPV yang lain juga boleh menyebabkan ketuat pada bahagian kulit yang lain atau pada membran mukus.