Adakah warna air mani (Semen Colour) kuning penanda masalah kesihatan?

Air mani selalunya mengandungi sperma, iaitu sel yang boleh menyuburkan telur wanita dan menyebabkan kehamilan. Biasanya, air mani yang dikeluarkan adalah puratanya 5ml dan berwarna susu putih. Selain itu, air mani juga mengandungi cecair yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar lain dalam sistem reproduktif lelaki. Sebarang masalah atau gangguan terhadap Kawasan tersebut boleh menyebabkan perubahan semen colour warna air mani. Semen colour warna air mani yang kekuningan merupakan perkara yang biasa antara golongan lelaki yang kurang berejakulasi. Adalah penting untuk mengetahui punca-punca perubahan semen colour warna air mani supaya rawatan boleh didapatkan sekiranya ia menandakan sesuatu yang tidak normal.