Mengapakah anak saya sawan (Seizures) dan bolehkah keadaan ini dikawal atau disembuh?

Sawan atau juga dikenali sebagai “epilepsy” merupakan suatu kondisi di mana seseorang individu lebih mudah dan kerap mengalami sawan berbanding orang lain. Terdapat pelbagai jenis sawan yang mungkin dihidapi oleh seseorang kanak-kanak atau dewasa sejak kecil lagi. Antara jenis sawan yang paling utama dalam golongan bayi dan kanak-kanak muda adalah "febrile seizure" dan generalised tonic clonic. Ibu bapa haruslah memahami keadaan epilepsy sawan neurologi ini supaya dapat bertindak dengan cepat apabila seseorang anak mereka mengalami sawan. Ibu bapa harus memerhatikan jenis epilepsy sawan neurologi tersebut untuk memudahkan penilaian doktor dan rawatan yang akan diberikan. Oleh itu, adalah penting untuk mengajar para ibu bapa mengenai epilepsy sawan neurologi supaya gejala ini tidak memudaratkan kesihatan anak-anak sekiranya tidak dirawat dengan secukupnya.