Apakah tanda-tanda difteria (Diphtheria) dan cara rawatannya serta langkah-langkah pencegahannya?

Difteria merupakan sejenis jangkitan bakteria yang menjejaskan ‘mucous membranes’ pada saluran pernafasan bahagian atas. Difteria merupakan sebuah penyakit yang berpunca daripada jangkitan sejenis bakteria yang bernama ‘Corynebacterium diphtheriae’. Jangkitan ini juga sangat cepat boleh merebak dari seorang ke seorang. Penyakit ini sering kali dihadapi oleh golongan kanak-kanak. Namun demikian difteria ini boleh dicegah menerusi suntikan vaksin. Para ibu bapa haruslah memahami tentang penyakit ini dan mengenali diphteria tanda tanda difteria supaya dapat merujuk kepada doktor dengan segera sebelum memudaratkan kesihatan anak mereka.