Bagaimana mengenali gejala asma (Asthma) dan bolehkah ia dikawal?
Asma adalah penyakit kronik yang melibatkan paru-paru, di mana keradangan paru-paru menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Ini menyebabkan pesakit sesak nafas, batuk, berdeham, sakit dada dan bunyi 'wheezing' seperti siulan. Ia melibatkan sistem immunologi badan. Sekiranya ia menjadi semakin teruk, asma boleh menjejaskan aktiviti normal dan ketidakupayaan untuk bercakap. Sesetengah orang merujuk asma sebagai "asma bronkial”. Asma boleh dihidapi oleh individu daripada golongan yang berbeza umur. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui tentang asthma penyakit asma simptom cara mengawal supaya kawalan penyakit asma adalah baik.